Keindahan Bersama Teman

Saya Sayang Ibu

Satu Tekad

We Love KBM

Kem Kepimpinan Aulad Soleh

Tuesday, June 8, 2010

Alhamdulillah,dengan izin Allah..Kem Kepimpinan Aulad Soleh yang buat julung-julung kalinya diadakan telah selamat dijalankan dengan jayanya hasil gandingan tenaga muda bersama otai-otai lama team Krj Perak..Walaupun sedikit mencabar,namun ianya berjaya dilaksanakan dengan semangat kerjasama yang menjadi tunjang kekuatan dalam program tersebut..Program terpaksa dimulakan lewat sedikit berikutan cuaca yang tidak mengizinkan..walaupun begitu,semangat kental jelas terpancar pada wajah adik-adik kasih dan sayang yang sememangnya dahagakan aktiviti yang berkonsepkan ketuhanan.Untuk program pada kali ini,ana diberikan mandat sebagai Kem komandan yang sememangnya sedikit mencabar kerana belum pernah mempunyai pengalaman sebagai kem komandan..tetapi dengan bantuan dan galakan daripada sahabat dan otai-otai lama..ana gagahkan juga...Program pada kali ini dianggarkan disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak yang berumur dalam linkungan 6 hingga 12 tahun..Pelbagai aksi dan keletah yang dapat dilihat sepanjang program ini...

   Selamat datang ke kem aulad soleh
Adik-adik kasih dan sayang 
 Khusyuk mendengar taklimat

Taklimat ringkas daripada abg fad
 wajah-wajah fasilitator
Adik adam yang diraikan

Kbm Smk Ahmad Boestamam

Sunday, May 9, 2010

Alhamdulillah..pesawat KRJ berjaya didaratkan di smk ahmad boestamam buat pertama kalinya dalam sejarah walaupun sudah 5 kali tertangguh atas sebab-sebab tertentu..gandingan antara otai-otai lama seperti pakngah,pakteh,abg bob,kak shima dan geng-geng lain bersama tenaga-tenaga muda seperti ana..ehem..perasan muda la pulak..pak tam,abg fad,abg shah dan lain-lain lagi menambahkan lagi seri program pada kali ini...rasanya sudah setahun lebih tidak mengikuti kumpulan kbm di perak ni..semenjak meninggalkan bumi perak ni..dan pengalaman yang boleh dikatakan masih trauma hingga kini ialah ana hampir terbabas ketika dalam perjalanan pulang daripada berkbm di smk ahmad boestamam yang menyebabkan kereta yang dipandu ana hampir melanggar bahu jalan dan berpusing..mungkin disebabkan tidak cukup tidur dan letih kot.alhamdulillah dengan perlindungan Allah tidak ada apa-apa yang berlaku.mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh Allah Swt untuk meneruskan agenda tarbiyah..insyaAllah..

                                  Bersama otai-otai KBM Perak.Pakngah dan Pakteh..

                                  Peserta program dianggarkan seramai 90 orang
                                                                 Sesi bersama ibu bapa
Dewan  Smk Ahmad Boestamam

Kbm Smk Teknik Sibu

Tuesday, February 16, 2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya pesawat KRJ yang julung-julung kalinya melakukan penerbangan ke Sibu berjaya didaratkan dengan jayanya hasil gandingan yang mantap diantara krew-krew muda dengan otai-otai lama KRJ.Walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan, namun dengan semangat jihad yang tidak pernah pudar digagahkan juga kaki ni untuk melangkah ke Smk Teknik Sibu.Dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya yang banyak membantu ana dalam mentarbiahkan diri dan terasa bagai "Dilahirkan semula" Alhamdulillah...sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberi kepada siapa sahaja yang disukaiNya...Ameen...

 Bersama Cikgu Syukri menyanyikan lagu SATU TEKAD 

 Wajah adik-adik sayang

         Wajah adik-adik kasih

Saya sayang awak 

Kaklong sayang Ayah


 Bergambar Kenangan

 Krew-krew pesawat KRJ

Dari kiri: Fifi Aizat Wan Ana Ustaz Roslan
Dududk : Kak Rozie dan Kak Shatirah


Moga ALLAH memberikan kekuatan untuk ana meneruskan perjuangan bersama rakan-rakan dalam misi mengegarkan dakwah di Bumi BINTULU...InsyaAllah..